Saturday, June 14, 2008

Battle of outsiders

Saturday June 14, 2008

SALZBURG: Russia’s Euro 2008 Group D match against titleholders Greece today will be like a final claimed the Russian coach Guus Hiddink yesterday.

The 61-year-old Dutchman is looking for a markedly improved performance from his team after their 4-1 defeat by Spain in the opening match.

“The Greeks are in the same position as us (they lost 2-0 to Sweden),” said Hiddink.

“This match is a final. We want to qualify for the quarter-finals, but we cannot afford to play like we did against the Spanish.
Going through the drills: Russian players warming up before their training session at the Wals-SiezenheimStadium in Salzburg yesterday. Russia play Greece in their second Group D match today.

“It is not easy to change things in just four days but we have to try and play better as we were totally ineffective against the Spanish.

“Given what happened it is the battle of the outsiders and we (Russia) are the outsiders for this match.

“I just hope the players have learnt a lesson and will not repeat the naive and stupid mistakes, but they are learning what it is like to play at a top international level.”

However, Hiddink, who has established a reputation as being one of the finest coaches in football taking South Korea to the 2002 World Cup semi-finals and his native Holland to the 1998 semis where they lost on penalties to Brazil, said he would not change the starting line-up radically.

“The Greeks are also going to react after their defeat, but I don’t know how they are going to react tactically, if they will be four or five defenders, but I am sure they will react emotionally,” said Hiddink.

“For our part, we are not going to change our tactics, Russian players are accustomed to playing attacking football, I cannot tell them to defend all match and hit the other side on the counter attack.

“There will be some changes of personnel, but not many.”

Hiddink refused to comment on whether he believed his defenders who played against Spain will have recovered their morale.

“This question is off limits,” said Hiddink, who also took Australia to the second round of the 2006 World Cup.

“Tomorrow (Saturday) we have to score as many as possible and win. We will be strong mentally and the attacks on us by journalists are not weighing on our minds. I just hope that the players have learnt from their mistakes, and they have learnt how to play in finals (decisive matches), it is the moment for them to show their qualities.” – AFP

Saturday, June 7, 2008

Toyota develops new fuel cell hybrid

Friday June 6, 2008

Toyota has developed a new fuel cell hybrid, a green car powered by hydrogen and electricity, that can travel more than twice the distance of its predecessor model without filling up, the automaker said today.

The improved model's maximum cruising range is 516 miles (830km) compared with 205 miles (330km) for Toyota's previous fuel cell model, the maker of the Camry sedan and Lexus luxury cars said in a statement.

The FCHV-adv model, which received Japanese government approval on Tues, will be available for leasing in Japan later this year, Toyota Motor Corp spokeswoman Kayo Doi said. Pricing and other details weren't available, and overseas plans were still undecided, she said.
Twice as good. Well, range wise, that is.

Fuel cell vehicles produce no pollution by running on the power of the chemical reaction when hydrogen stored in a tank combines with oxygen in the air to produce water.

The FCHV-adv from the world's second biggest automaker also comes with an electric motor and works as a hybrid by switching between that motor and the hydrogen-powered fuel cell. Toyota's Prius hybrid switches between an electric motor and a standard gasoline engine.

Fuel efficiency in the FCHV-adv was improved 25% with better braking and other changes, Toyota said. The new fuel cell vehicle can also start and run in temperatures as low as -22ºF (-30ºC), it said. Getting a fuel cell to work well in cold weather is a technological challenge.

Major automakers around the world are working on fuel cells and other ecological vehicles, including electric cars and plug-in hybrids, which recharge from an electrical outlet. And consumer interest in alternative fuels is increasing amid soaring gas prices and worries about global warming.

Rival Honda Motor Co's revamped fuel cell vehicle for leasing in California is rolling off a Japanese factory floor later this month.

For 2010, US automaker General Motors Corp is planning a Chevrolet Volt plug-in electric vehicle, while Tokyo-based Nissan Motor Co is planning electric vehicles for the US and Japan.

Fuel cell vehicles are usually marketed through leasing arrangements since the technology is too expensive for most people to buy in an outright purchase. - AP

A Jaguar (and more) this Father's Day, again

Friday June 6, 2008

Yes, it's back again. To help you celebrate Father's Day this June 15, Star-Motoring online has another special day all lined up for a lucky dad.

Jaguar, Italiannies and NIVEA FOR MEN have chipped in to make the day one to remember in the Star-Motoring's Divine Dad contest.
Yes, a big cat is yours to use for a day, and with a driver too ...

Last year, Sisma Auto, the sole importer and distributor of Jaguar cars in Malaysia, generously provided the winner with the use of a X-Type for the entire day, chauffeured at that.

This year, the good folk at Sisma are doing the same, but offering the use of a more delectable feline - the XJ, in 3.0 V6 form. Nothing like riding in a big cat the whole day and going places.

Of course, lunch is provided, in this case, a scrumptious meal for four persons, courtesy of Italiannies, at its outlet in The Gardens at Mid valley City, Kuala Lumpur.

Wednesday, June 4, 2008

Petrol naik 78 sen, diesel RM1 pukul 12 tengah malam

04-06-2008 11:27:11 PM

BEZA KUANTITI BAGI SETIAP RINGGIT... Azhan Sharom, 23, yang ditemui di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru, berkuat kuasa tengah malam ini. Foto The Star

(Dikemas kini) PUTRAJAYA: Berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter.

Dengan kenaikan itu, yang mengejutkan banyak pihak, harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) pula dibenarkan menaikkan tarif elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai ini memandangkan ia memerlukan kos yang tinggi bagi gas.

Bagaimanapun perubahan harga bahan api pada kali ini tidak melibatkan gas. Harga bahan api akan disemak dari bulan ke bulan mengikut perubahan harga global.

Negara-negara jiran, Indonesia dan Thailand telah menaikkan harga minyak sejak seminggu lalu manakala India pula berbuat demikian hari ini.

Kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan larangan penjualan minyak kepada kenderaan asing di wilayah utara, timur dan selatan negara.

Kenaikan terakhir dikuatkan oleh kerajaan ialah pada 28 Februari 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol kepada RM1.92 seliter.

Bercakap pada sidang akhbar di sini petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal.

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan," katanya.

Bayaran

Bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata, bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai ini.

Perdana Menteri juga berkata, bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan tertinggi

Kenaikan ini yang tertinggi selepas kenaikan terakhir pada 28 Februari 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol dan diesel, masing-masing kepada RM1.92 dan RM1.58 sen seliter.

Pengumuman terbaru kerajaan ini juga sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api iaitu antara usaha untuk mengurangkan pembiayaaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun.

Langkah kerajaan mengapungkan harga bahan api itu mengikut harga pasaran global masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini.

Harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.

Perdana Menteri berkata, bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai itu, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuat kuasa 1 Jun lalu:

* Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.
* Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan
akan dikurangkan sebanyak RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2.

Abdullah juga berkata, harga Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Gas Asli(NGV) bagi kenderaan tidak akan berubah, dan harga LPG dan NGV tetap pada kadar sedia ada iaitu RM1.75 setiap kilogram dan 63.5 sen setiap liter.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan penyelarasan subsidi diesel untuk syarikat pengangkutan yang diluluskan, syarikat pengangkutan vesel dan nelayan.

"Pada masa ini operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel," katanya.

Harga diesel adalah RM1 seliter untuk nelayan dan RM1.20 bagi pemilik vesel.

Perdana Menteri berkata Kabinet telah bersetuju untuk menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 seliter berkuat kuasa esok (5 Jun).

"Harga yang diselaraskan ini tidak akan menjejaskan syarikat pengangkutan di bawah sistem fleet card kerana mereka akan terus menikmati subsidi petrol dan diesel pada harga ini," kata Abdullah.

Untuk ini, kerajaan bersetuju untuk membayar sebahagian daripada perbezaan harga lama dan baru secara tunai kepada nelayan dan pemilik vesel seperti berikut:

* Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.
* Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara.

"Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah.

Beliau juga mengumumkan mulai 1 Julai, 2008, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung Malaysia akan diubah seperti berikut:

* Bagi sektor elektrik, harga akan dinaikkan daripada RM6.40 setiap mmBtu (juta unit Termal British) kepada RM14.31 setiap mmBtu.
* Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan kurang daripada 2 mmscfd (juta standard kaki persegi sehari), harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd (GMSB) akan dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu.
* Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2 mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 setiap mmBtu kepada RM32.56 setiap mmBtu.

"Bagaimanapun, bantuan khas akan diberikan kepada pengguna GMSB iaitu bagi kategori perusahaan kecil dan sederhana. Pengguna ini akan menghadapi kenaikan yang lebih rendah bagi kadar tarif gas.

"Selaras dengan dasar tenaga boleh diperbaharui, Petronas akan mengurangkan subsidi bagi sektor elektrik secara progresif sejajar dengan harga pasaran semasa, sehingga tahun ke-5, apabila parasnya mencecah harga pasaran," kata Abdullah.

Pada masa yang sama, kata beliau, subsidi bagi sektor industri akan dikurangkan secara progresif sejajar dengan harga pasaran, sehingga tahun ke-1 apabila parasnya mencecah harga pasaran.

Dalam mengumumkan struktur baru tarif elektrik, Perdana Menteri berkata, TNB terpaksa menampung kenaikan harga arang batu di pasaran dunia.

Katanya, dengan penstrukturan semula subsidi gas dan kenaikan harga arang batu, kerajaan telah meluluskan satu struktur baru tarif elektrik bagi membolehkan TNB menyerapkos bahan api bagi gas dan arang batu.

Struktur tarif baru yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2008, akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung Malaysia sahaja dan satu struktur baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak, kata Abdullah.

Selaras dengan hasrat kerajaan melindungi sebaik mungkin kebajikan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, struktur tarif elektrik yang baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 Kilowat Jam (kWj) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

"Ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama," kata Abdullah.

Bagaimanapun, katanya pengguna komersial dan industri akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus.

"Bagaimanapun, bagi kategori komersial dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil, serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang menggunakan tidak lebih daripada 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus," katanya.

Bercakap mengenai sumbangan syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP) ke arah mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran.

"Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik.

"Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai ambang melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit," katanya.

POP juga, kata Perdana Menteri telah mencatatkan kenaikan untung ekoran harga minyak kelapa sawit yang tinggi di pasaran dunia.

Oleh itu, katanya, Kabinet juga bersetuju untuk memansuhkan levi sistem subsidi minyak masak (COSs) yang sedia ada berkuat kuasa 1 Julai 2008, dan sebagai penggantinya memutuskan pelaksanaan peruntukan mengikut Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas POP.

Levi berikut akan dikenakan pada peringkat pemproses:

* Bagi Sabah dan Sarawak, 7.5 peratus bagi setiap tan minyak mentah kelapa sawit (CPO) yang melebihi RM2,000.
* Bagi Semenanjung Malaysia, 15 peratus bagi setiap tan CPO yang melebihi RM2,000.

"Walaupun COSS telah dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru ini akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak.

"Kadar levi bagi POP di Sabah dan Sarawak adalah lebih rendah memandangkan mereka juga perlu membayar cukai kepada kerajaan negeri," kata Abdullah. BERNAMA

* Gambar kesesakan di stesen minyak
* Kenyataan media Perdana Menteri
* TNB umum tarif baru esok
* Beban subsidi minyak kurang jika rizab elektrik dikurangkan
* Rakyat diharap terima struktur baru harga minyak
* Kenaikan harga minyak cetus kebimbangan kesan sampingan

Newer Posts Older Posts Home

 

blogger templates | Make Money Online