Monday, April 14, 2008

Salam Sejahtera,


Terima kasih kerana meluangkan masa ke laman web ini.

Saya merupakan seorang Usahawan Internet sepenuh masa dan mengendalikan sebuah blog mengenai Perniagaan Internet di SmartUsaha.Com. Setelah hampir dua tahun saya mempunyai blog, maka saya rasakan adalah baik jika saya berkongsikan ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan mereka yang memerlukan.

Di laman web ini, anda akan diberikan satu penyelesaian dan panduan bagaimana membina blog anda sendiri dengan menggunakan sistem Wordpress.

Sahabat sekalian,

Mahukah anda menjana pendapatan dengan menggunakan blog? Atau mendapatkan pelawat untuk laman web perniagaan Internet anda dengan mudah melalui blog? Sudah ramai yang berjaya 'membuat duit' sama ada secara sampingan atau sepenuh masa dengan hanya menggunakan blog.

Ada juga mereka yang menjadikan blog sebagai 'pintu masuk' untuk pelawat ke laman web jualan produk mereka. Tetapi, anda perlu bermula dengan betul dan bersistematik dan ia memerlukan satu strategi dan teknik yang berkesan.

Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang tidak tahu membina blog sendiri dan bagaimana mendapatkan pelawat ke blog anda. Anda sering meminta bantuan orang lain, bertanya, mencari, namun masa anda terus habis begitu sahaja dan tidak dapat membina blog anda sendiri. Mahukah anda terus membazir masa padahal ada jalan yang lebih mudah? Semakin anda membazir masa, semakin anda ketinggalan walhal orang lain terus meninggalkan anda.

Kini menjadi satu 'trend' orang sekarang memiliki blog dot com sendiri bagi tujuan menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa di Internet. Malah dengan memiliki blog, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan dengan berbagai cara bagi matlamat yang sama = 'membuat duit'.

0 comments:

Newer Post Older Post Home

 

blogger templates | Make Money Online